Ingat lagi tak masa sekolah dulu, kita disoal oleh cikgu2 tentang cita-cita? Ada yang bila besar nanti nak jadi doktor, bomba, polis, guru, tak kurang jugak yang nak jadi saintis. WOW! Saintis kot!!?? Tak boleh gempak lagi ke??
Masa sekolah dulu2, especially masa sekolah rendah, aku adalah antara kalangan kanak2 yang bercita-cita nak jadi guru. Guru bahasa Inggeris LOL! Tak disangkal jugak laa, masa sekolah dulu2 aku memang minat kot dengan subjek bahasa Inggeris. Sampailah sekarang aku di IPTA pun, masih lagi minat yang sama.
Tapi, akhir2 ni, aku perasan ada sesuatu yang berubah. Seusatu yang berkenaan dengan cita-cita. Kalau masa kecik dulu aku nak jadi guru, tapi sekarang dah tak lagi dah. Kali ni, aku nak jadi pramugara!! Woohoooooo!! *gempak tak gempak tak hahaha
Sejak bila aku dah beralih arah nak jadi pramugara ni, aku sendiri pun tak tau dan aku tak tau kenapa. Tapi yang pasti, itu dah jadi impian aku.
Okay, apa kelayakan atau syarat2 am nak jadi pramugara ni? Perlu diketahui bahawa, syarikat penerbangan yang berbeza mempunyai syarat2 yang berlainan. Jadi, kat bawah ni adalah syarat2 yang ditetapkan oleh Malaysia Airlines.
1. Warganegara Malaysia berumur antara 18-30 semasa tarikh temuduga.
2. Lulus SPM / setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta lulus dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Matematik dan tiga (3) subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
3. Mahir bertutur dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. (Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan)
4. Ketinggian minimum 165cm (lelaki) dan 157cm (wanita) dan berat badan yang seimbang.
5. Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik (tidak rabun warna).
6. Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tinggi ke arah kecemerlangan di dalam khidmat pelanggan.
Cun! Semua syarat aku dah lepas! Cerah harapan aku ni haaaaa! Tapi takdalah aku nak apply sekarang. Aku target nak apply jadi pramugara lepas habis Ijazah nanti. Sekarang ni, aku masih lagi dalam mode pengajian peringkat Diploma. Jadi, perjalanan aku masih jauh, penantian aku masih lama. T_T
Pernah terfikir berapa lama nak buat kerja ni? Aku cuma nak rasa dan timba pengalaman. Rasanya, cukuplah kontrak 5 tahun mungkin, lepas tu aku berhenti dan cari profesion yang lain. Profesion apa? Itu aku kena fikir lagi. : )
Jadi, siapa lagi yang kongsi minat nak jadi pramugara macam aku?? :D
No comments:
Post a Comment