Tuesday, 17 December 2013

Jamboree TaHa@U 2013 Negeri Sarawak

Assalammualaikum yang membaca..
Nak cerita lah

Baru2 ni ku join Jamboree TaHa@U di Kem PLKN Puncak Permai, Bau, Sarawak
Jamboree ni dianjurkan oleh Tabung Haji, Berita Harian, Harian Metro dengan News Strait Times Press (NSTP) dari 6-8 Dis 2013. Masing2 nama besar kot kat Malaysia?
Bukan tu ja, jamboree ni jugak yang pertama dianjurkan di sebelah Sarawak dengan Sabah. Ada rasa macam bangga jugak la jadi batch pertama jamboree ni di bahagian Borneo

Ku sorang daripada 20 lebih peserta dari UiTM Sarawak, paling sedih ku sorang ja lelaki, yang lain semua perempuan. So, rasa awkward di situ terserlah

Peserta2 dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dengan Kolej Teknologi Sarawak (TCS) pun ada join jugak. Nama pun jamboree kan? Mestilah ada wakil dari IPT lain

Ni pertama kali ku join jamboree sebenarnya, so pertama kali la bercampur dengan student2 dari IPT lain
Rata2 diorang umur 20an (student degree la tu) sedangkan kitorang wakil UiTM budak2 belasan tahun baru, masih diploma lagi. So, masa di jamboree tu ku rasa macam ku kecik ja nak disbanding dengan diorang -,-‘

Ada lebih kurang dalam 80 peserta la keseluruhan, kitorang dibahagikan dalam 10 kumpulan. Ku dalam kumpulan 7 dengan 7 orang lagi ahli kumpulan yang lain
BTW, ku KETUA kumpulan 7. Ko gila?

Aktiviti2 sepanjang jamboree tu, memang padat jugaklah. Mungkin fasilitator2 nak jamboree ni berjalan lancar, sebab tu masa first day, kitorang TERPAKSA serahkan phone dengan wallet (motif sangat??)

Sedih weh 3 hari tak pegang phone, boleh ko bayangkan lifeless dia macam mana? Aku pun skema jugak, ikut ja arahan daripada senyap2 seludup masuk phone bengong betul tak fikir -,-'

Highlights masa jamboree, aktiviti2 yang ku agak suka la, flying fox, night walk, malam seni persembahan, presentation dengan masuk gua (first time)

Masa last day tu lah peluang ambik gambar banyak2, syukur ada beberapa orang yang seludup phone dengan tablet. Especially Adim la, dia banyak ambik gambar pakai tablet dia. So, adalah benda yang boleh buat KLMJ hahaa XD

Upacara penyampaian hadiah pulak, daripada 10 kumpulan, kumpulan ku yang paling last. Ku tak tahu kenapa? Agak tercalar jugak la maruah ku lebih2 lagi ku ketua kumpulan. Masa ke depan ambik hadiah tu, hai tebal muka ku macam pakai mekap 5 inci tebal dia (okay tak logik -,-‘)

Apa2 pun, jamboree ni tujuan dia yang utama, bukanlah nak bersaing kumpulan mana juara kumpulan mana corot dan yang paling pasti, bukan nak cari siapa paling femes siapa paling underdog (eh over?)

Yang penting, masing2 berseronok
Melalui jamboree ni jugak, daripada tak kenal boleh jadi kenal. Habis ja jamboree ni, masing2 add friend di facebook. Keep in touch katanya

Semoga masing2 peserta Jamboree TaHa@U Kuching dapat manfaat dari jamboree ni, dan semoga berteguran bila terserempak mana2 di luar bila2 masa nanti

Abang Amirul (fasilitator) kata, in shaa Allah ada perancangan nak buat reunion di Dataran Merdeka. Semoga masa tu, masing2 ada rezeki untuk pergi dan bertemu semula


Akhir sekali, diharap kenangan di Kem PLKN Puncak Permai selama 3 hari 2 malam terus terpahat kekal dalam memori otak

Selamat datang ke Jamboree TaHa@U :-)

Malam persembahan.
Kitorang buat persembahan drama Madu Tiga XD

Fairy Cave, Bau





 Ni kat luar Gua Angin, Bau

Kumpulan KAMI

                                 
 Peserta-peserta lelaki

Jamboree TaHa@U Sarawak best! :)