Assalammualaikum
yang membaca..
Nak cerita lah
Baru2 ni ku
join Jamboree TaHa@U di Kem PLKN Puncak Permai, Bau, Sarawak
Jamboree ni
dianjurkan oleh Tabung Haji, Berita Harian, Harian Metro dengan News Strait
Times Press (NSTP) dari 6-8 Dis 2013. Masing2 nama besar kot kat Malaysia?
Bukan tu ja,
jamboree ni jugak yang pertama dianjurkan di sebelah Sarawak dengan Sabah. Ada
rasa macam bangga jugak la jadi batch pertama jamboree ni di bahagian Borneo
Ku sorang
daripada 20 lebih peserta dari UiTM Sarawak, paling sedih ku sorang ja lelaki,
yang lain semua perempuan. So, rasa awkward di situ terserlah
Peserta2 dari
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak
(IKMAS) dengan Kolej Teknologi Sarawak (TCS) pun ada join jugak. Nama pun
jamboree kan? Mestilah ada wakil dari IPT lain
Ni pertama kali
ku join jamboree sebenarnya, so pertama kali la bercampur dengan student2 dari
IPT lain
Rata2 diorang
umur 20an (student degree la tu) sedangkan kitorang wakil UiTM budak2 belasan
tahun baru, masih diploma lagi. So, masa di jamboree tu ku rasa macam ku kecik
ja nak disbanding dengan diorang -,-‘
Ada lebih kurang
dalam 80 peserta la keseluruhan, kitorang dibahagikan dalam 10 kumpulan. Ku
dalam kumpulan 7 dengan 7 orang lagi ahli kumpulan yang lain
BTW, ku KETUA
kumpulan 7. Ko gila?
Aktiviti2
sepanjang jamboree tu, memang padat jugaklah. Mungkin fasilitator2 nak jamboree
ni berjalan lancar, sebab tu masa first day, kitorang TERPAKSA serahkan phone
dengan wallet (motif sangat??)
Sedih weh 3
hari tak pegang phone, boleh ko bayangkan lifeless dia macam mana? Aku pun
skema jugak, ikut ja arahan daripada senyap2 seludup masuk phone bengong betul
tak fikir -,-'
Highlights masa
jamboree, aktiviti2 yang ku agak suka la, flying fox, night walk, malam seni
persembahan, presentation dengan masuk gua (first time)
Masa last day
tu lah peluang ambik gambar banyak2, syukur ada beberapa orang yang seludup
phone dengan tablet. Especially Adim la, dia banyak ambik gambar pakai tablet
dia. So, adalah benda yang boleh buat KLMJ hahaa XD
Upacara
penyampaian hadiah pulak, daripada 10 kumpulan, kumpulan ku yang paling last.
Ku tak tahu kenapa? Agak tercalar jugak la maruah ku lebih2 lagi ku ketua
kumpulan. Masa ke depan ambik hadiah tu, hai tebal muka ku macam pakai mekap 5
inci tebal dia (okay tak logik -,-‘)
Apa2 pun,
jamboree ni tujuan dia yang utama, bukanlah nak bersaing kumpulan mana juara
kumpulan mana corot dan yang paling pasti, bukan nak cari siapa paling femes
siapa paling underdog (eh over?)
Yang penting,
masing2 berseronok
Melalui
jamboree ni jugak, daripada tak kenal boleh jadi kenal. Habis ja jamboree ni,
masing2 add friend di facebook. Keep in touch katanya
Semoga masing2
peserta Jamboree TaHa@U Kuching dapat manfaat dari jamboree ni, dan semoga
berteguran bila terserempak mana2 di luar bila2 masa nanti
Abang Amirul
(fasilitator) kata, in shaa Allah ada perancangan nak buat reunion di Dataran
Merdeka. Semoga masa tu, masing2 ada rezeki untuk pergi dan bertemu semula
Akhir sekali,
diharap kenangan di Kem PLKN Puncak Permai selama 3 hari 2 malam terus terpahat
kekal dalam memori otak
Selamat datang ke Jamboree TaHa@U :-)
Malam persembahan.
Kitorang buat persembahan drama Madu Tiga XD
Fairy Cave, Bau
Ni kat luar Gua Angin, Bau
Kumpulan KAMI
Peserta-peserta lelaki
Jamboree TaHa@U Sarawak best! :)