Assalammualaikum korang
Apa khabar semua?? Harap2 sihatlah kan?? Heee~
Nak bagitau, ini blog baru aku. Sebelum ni, ada blog lain tapi dah delete sebab blog yang tu macam tak menarik. Ditambah lagi dengan interior design yang agak suram dan semak serta entri yang ke laut. LOL!
So, itulah sebab aku buat blog baru ni. Nak gantikan blog yang dah kena delete tu. Dengan harapan, blog yang baru ni dapat HIT TRAFFIC yang menggila dari korang HAHA!! (main2 jaa -,-')
Apa perubahan untuk blog baru ni berbanding blog lama? Rasanya BANYAK lah kot perubahan yang nak dibuat. Terutama sekali dari segi penulisan entri. Taknaklah skema lagi macam blog yang lepas. Kali ni, penyampaian adalah secara santai dan informal. Cewaahh. XD
Disebabkan blog yang lama tu ada entri yang boleh tahan menarik dan relevanlah kan, so aku akan tempek masuk jugak dalam blog baru ni. Sayang kot kalau nak buang macam tu jaa. Ingat senang aku taip? Pakai tangan aku okay, bukan tangan korang. Hehe. :P
Nak kata aku ni jenis yang update blog tiap2 hari, memang kau silap oranglah kan haha! Sebab aku bukan selalu ada benda nak update. Kalau ada entri baru, maksudnya adalah tu benda nak suruh korang baca. Bacalah kalau nak, kalau taknak ADA AKU KESAH?? Hehehe.
Akhir kata, disebabkan blog ni masih lagi fresh, so mungkin korang akan nampak blog aku macam masih plain dan empty, tapi dari semasa ke semasa aku akan decorate lawa2 punya. Fret not, I got something fancy and pleasant in store. (speaking London sat.. )
Korang kalau ada blog, kasi tau laa kat aku, nanti aku follow blog korang. Tapi korang mesti follow blog aku balik lah kan. Okay? Free jaa kot, so tak perlu nak keluar duit bagai dan tak menyusahkan korang. Yang pasti, disebabkan aku baik, aku akan baca entri korang. *baik laa sangat~
Korang kalau ada blog, kasi tau laa kat aku, nanti aku follow blog korang. Tapi korang mesti follow blog aku balik lah kan. Okay? Free jaa kot, so tak perlu nak keluar duit bagai dan tak menyusahkan korang. Yang pasti, disebabkan aku baik, aku akan baca entri korang. *baik laa sangat~
Kbye~
No comments:
Post a Comment