Tuesday, 16 December 2014

Boleh Bah Kalau Kau!

Assalammualaikum
I hope you readers (if any -.-) are in a pink of health

It’s been quite a while since I last updated my blog
Padahal bukan ada buat apa2 pun, lebih2 lagi tengah cuti ni
So right now, I’m so in the mood for yet another update
Nothing much, aku cuma nak kongsi pengalaman hidup aku sendiri

*okay brace yourself*

Masa tengah final sem, aku dengan classmate ada buat proposal untuk lawatan akademik
I bet you still remember sebab aku ada mention kat previous entri (kalau kau ada baca lah)
And by the way, aku dah tamat pengajian diploma so sekarang tengah tunggu konvo je

So, what’s up dengan proposal tu? Alhamdulillah diluluskan dan dah dijayakan pun
Actually, there’s a side story to the proposal, but I don’t intend to write on that
Credits to Bedol, Azie dengan Fatin for they had spilled their sweat to make this trip happen

Cut to the chase, 2hb Dis 2014 kitorang seramai 19 orang berlepas ke Kota Kinabalu
Kitorang stay kat Promenade Service Apartment terletak kat tengah bandar
Hari pertama ni kitorang pergi tiga tempat je

1. Rumah Terbalik
Terletak kat Tamparuli, excited masa mula2 sebab tak pernah pergi, tapi bila dah habis jelajah isi rumah tu, rasa macam takde pape sangat kot? Rasa tak puas. Tapi kalau untuk tujuan kau nak rasa pengalaman, boleh lah pergi tempat ni and selfie sakan kat luar rumah (tak boleh ambik gambar kat dalam rumah, private property, tuan empunya rumah tak benarkan)

2. 1Borneo Hypermall
Balik dari Rumah Terbalik kitorang singgah sini untuk dinner and ronda2 cuci mata. Aku tak tau nak makan kat mana, last2 makan kat restoran ayam penyet. Btw, air yang aku order (lupa nama) sedap weh. Kat KK je aku tengok ada nama air tu dalam menu, so aku order lah. And, aku sempat jugak beli sehelai tshirt RM9 kat FOS. Nak karoks sebenarnya, tapi tak sempat

3. Pasar Malam Kampung Air
Honestly, masa mula2 aku ingat pasar malam ni pasar malam yang ada jual makanan tu, rupanya bukan. Pasar malam ni tempat jual barang2 macam baju, seluar,  beg, kasut, selipar, minyak wangi, tali pinggang, mutiara, keychain etc etc tapi tak meriah sangat lah

Hari kedua, 3hb Dis, kitorang lawat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
DBKK ni dekat je dengan apartment kitorang, tapi since dah sewa van sebijik dengan kereta sebijik, so buat apa nak jalan kaki kan? Sia2 keluar duit sewa van dengan kereta kalau camtu
Banyak info jugak kitorang dapat pasal KK hasil penerangan daripada pegawai2 DBKK
Habis je lawatan kat DBKK, kitorang balik apartment rehat2, mandi, tukar baju
Petang tu kitorang pergi Lok Kawi Wildlife Park tengok binatang2 haha XD
Aku tak tau lah classmate yang lain, tapi aku agak excited jugak lah masa kat situ
Why not? Bukan tiap2 hari dapat tengok binatang2 macam tu unless kau keje kat zoo lulz
Aku paling excited and suka tengok burung cenderawasih, bukan sebab bulu ekor dia yang warna emas tu je, tapi sebab bertahun yang lepas aku ada baca pasal burung ni kat internet
Ikut apa yang aku baca, burung cenderawasih ni mati kalau mendarat atas bumi (tanah)
Aku tak nak cerita panjang, kalau kau nak tau lebih lagi, pergi google sendiri sana
Sebelah malam, kitorang jalan kaki pergi makan seafood ramai2

Masuk hari ketiga, 4hb Dis, aktiviti kitorang BEBAS boleh jalan sendiri
Sepatutnya kalau ikut tentatif lawatan, kitorang lawat Majlis Daerah Tuaran dengan Penampang, tapi Tuaran tak dapat terima kitorang and Penampang tak bagi respon
Nevertheless, syukur jugak sebab kitorang ada satu hari PENUH untuk selongkar KK

Aku, Bedol, Ched, Jawik, Cyrus, Less, Azie, Eppa dengan Fatin pergi teroka pulau meanwhile classmate yang lain bawak kepala masing2 pergi teroka shopping mall tengok wayang
Kitorang main banana boat and snorkel kat Pulau Sapi, lepas tu sambung snorkel lagi kat Pulau Manukan, then balik ke darat sebab hari nak hujan. Snorkel kat Pulau Sapi paling best!
Malam tu, aku dengan beberapa orang classmate pergi pasar malam lagi satu yang lebih dekat dengan apartment (lupa apa nama pasar malam tu). Pasar malam yang ni sama jugak macam Pasar Malam Kampung Air cuma pasar yang ni lebih meriah and banyak barang. So kat sini, aku beli keychain dengan gelang sikit, classmate perempuan pakat borong mutiara

Hari keempat dan terakhir, 5hb Dis, masing2 bangun pagi sebab nak ke Pasar Filipin
Setiap orang beli macam2 untuk bawak balik ke Sarawak, aku pun sama jugak
Aku tak beli banyaklah, cuma amplang dengan angry bites, sedap aku tak tipu

Dah habis beli barang kitorang pun balik ke apartment, kemas2 barang untuk check out
Tengahari kitorang check out then lunch and ronda2 kat Suria Sabah Shopping Complex
Masa kat situ, sempat jugak karoks ramai2 haha ingatkan tak dapat karoks time kat KK ni

Pukul 4 petang, kitorang cau dari situ sebab bas dah datang nak hantar kitorang ke airport
Sampai je airport, check in nama dengan luggage semua, and since masa masih panjang so lepak kat Old Town White Coffee sementara tunggu nak masuk dalam departure hall
Actually, classmate dengan lecturer semua fly ke Kuching, aku sorang je fly ke KL
Luckily departure gate kitorang sama cuma flight diorang sejam lebih awal dari flight aku
Masa diorang boarding, agak sedih jugak sebab aku tinggal sorang2 fly sorang2 asdfghjkl
Apa2 pun, lawatan ke KK ni memang pengalaman paling manis sepanjang zaman diploma
Terima kasih banyak2 kawan2 and not to forget, madam Afisha sebab sudi jadi pegawai pengiring yang sempoi untuk lawatan ni dan sabar melayan karenah kitorang haha

Aku jugak nak rakam ucapan penghargaan dan terima kasih buat anak2 kapal Malaysia Airlines
Aku yakin, MAS perlu sokongan especially daripada rakyat Malaysia sendiri untuk kembali pulih
Sebab tu kitorang pilih untuk terbang dengan MAS dari Kuching ke KK and dari KK ke Kuching
Akhir kata, harap kita semua dapat sambung degree course yang sama and kampus yang sama
Kalau takda rezeki sambung degree, jumpa korang lagi masa konvo bulan Mei 2015 nanti!

XOXO~

No comments:

Post a Comment