Assalammualaikum
Aku nak ucap Merry Christmas kat saudara2, kawan2 dan
sesiapa lah yang sambut
Musim perayaan nilah peluang untuk kau ambik cuti
sehari dua, balik kampung
Kau jangan lupa asal-usul kau dari kampung, aku
santau kau kang HAHAHA
Bila datang je Christmas ni, masa tu jugaklah tiba2 muncul ustaz ustazah entah dari mana?
Golongan ni paling banyak muncul kat fb. Ramai yang keluar hukum sendiri kata ucapan Merry Christmas tu haram siap back up dengan teori2 merepek. Astaga get a life, kita nak masuk tahun 2015 dah
In case kalau kau jenis yang percaya mesej berantai dengan hukum2 merepek yang tersebar melalui whatsapp wechat facebook, meh sini aku kongsi hukum yang sebenar
Hukum
Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat
Bersempena
Perayaan Agama Bukan Islam
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang
bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan
Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah
telah memutuskan bahawa:
1. Apa jua amalan atau
perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan
Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan
Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
2. Walaubagaimanapun
sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau
hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia
dibenarkan oleh Islam.
3. Memberi ucapan
tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat
telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya
kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus,
dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan
Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka
dalam kiriman ucapan tersebut.
Hukum kat atas aku
copy dari laman web e-fatwa (klik INI)
Aku harap ucapan Merry Christmas ni tak dijadikan isu lagi, respect perayaan orang
Kalau kau kenal sesiapa yang keluarkan hukum sendiri, kau tunjuk dia hukum ni
Aku harap dia sentap dan malu sampai taknak keluar rumah, serius
No comments:
Post a Comment