Aku berani kata terorisme itu ciptaan barat, ia sebuah idea
Idea jahat dan busuk untuk menjatuhkan Islam
Susulan peristiwa 9/11, barat jadi semakin bersungguh2
dengan idea terorisme ini
Inilah peluang untuk mereka memburukkan Islam dan memujuk
mengajak orang awam untuk percaya bahawa idea terorisme itu adalah serpihan
dari Islam
Akibat daripada itu, muslim menjadi mangsa diskriminasi dan
kebencian
Mencari pekerjaan adalah cabaran buat muslim di negara
barat, layanan “double standard” yang diterima menjadi satu kebiasaan, tak
kurang juga hinaan yang dilemparkan di jalanan
Walaupun serangan, pembunuhan dan pengeboman tidak didalangi
barat
Tapi, punca kepada terorisme itu adalah tercetus daripada
barat
Justeru, barat adalah punca terorisme
Saban hari, Islam dimomok dan dikaitkan dengan terorisme
Untuk membenarkan dakwaan liar ini di mata umum, barat
dengan sengaja “menjentik” muslim supaya muslim bertindak balas
Kartunis2 barat dengan biadapnya, melukis karikatur Nabi
Muhammad dalam bentuk penghinaan dan juga melemparkan tuduhan perompak serta
perogol kepada baginda. Masih ingat lagi dengan filem pendek “Innocence of
Muslim” yang diterbitkan beberapa tahun lalu?
Itulah antara “jentikan” yang dikenakan oleh barat terhadap
muslim
Ekoran “jentikan” itu jugalah, baru2 ini pejabat Charlie
Hebdo, sebuah akhbar satira mingguan di Paris, menjadi mangsa serangan bersenjata
yang menyaksikan editor serta tiga kartunis akhbar itu antara 12 yang terbunuh
Sementara muslim “moderate” di seluruh penjuru dunia bersatu
mengecam “jentikan2” ini melalui bantahan di jalanan, muslim “extremist” pula
merancang plot keganasan dan pembunuhan terhadap individu/pihak yang mempersenda
Islam sebagai balas dendam mewakili muslim yang lain
Lantaran tindakan muslim “extremist” yang bersifat keganasan
inilah, Islam dijenamakan sebagai agama teroris, terutama sekali oleh barat.
Sedangkan keganasan yang didalangi mereka ini langsung TIDAK mewakili populasi
muslim di segenap dunia. Barat telah berjaya
Akhir sekali, aku ada mesej yang hendak disampaikan kepada
barat
Jika masih ada jutaan muslim yang mengecam keganasan oleh
muslim “extremist”, maka sudah jelaslah bahawa terorisme itu tidak ada ruang walau
seinci pun di dalam Islam
Islam adalah agama kebenaran, Islam mengajar kesederhanaan
No comments:
Post a Comment