Friday, 9 January 2015

Idea Terorisme

Aku berani kata terorisme itu ciptaan barat, ia sebuah idea
Idea jahat dan busuk untuk menjatuhkan Islam

Susulan peristiwa 9/11, barat jadi semakin bersungguh2 dengan idea terorisme ini
Inilah peluang untuk mereka memburukkan Islam dan memujuk mengajak orang awam untuk percaya bahawa idea terorisme itu adalah serpihan dari Islam

Akibat daripada itu, muslim menjadi mangsa diskriminasi dan kebencian
Mencari pekerjaan adalah cabaran buat muslim di negara barat, layanan “double standard” yang diterima menjadi satu kebiasaan, tak kurang juga hinaan yang dilemparkan di jalanan

Walaupun serangan, pembunuhan dan pengeboman tidak didalangi barat
Tapi, punca kepada terorisme itu adalah tercetus daripada barat
Justeru, barat adalah punca terorisme

Saban hari, Islam dimomok dan dikaitkan dengan terorisme
Untuk membenarkan dakwaan liar ini di mata umum, barat dengan sengaja “menjentik” muslim supaya muslim bertindak balas

Kartunis2 barat dengan biadapnya, melukis karikatur Nabi Muhammad dalam bentuk penghinaan dan juga melemparkan tuduhan perompak serta perogol kepada baginda. Masih ingat lagi dengan filem pendek “Innocence of Muslim” yang diterbitkan beberapa tahun lalu?

Itulah antara “jentikan” yang dikenakan oleh barat terhadap muslim
Ekoran “jentikan” itu jugalah, baru2 ini pejabat Charlie Hebdo, sebuah akhbar satira mingguan di Paris, menjadi mangsa serangan bersenjata yang menyaksikan editor serta tiga kartunis akhbar itu antara 12 yang terbunuh

Sementara muslim “moderate” di seluruh penjuru dunia bersatu mengecam “jentikan2” ini melalui bantahan di jalanan, muslim “extremist” pula merancang plot keganasan dan pembunuhan terhadap individu/pihak yang mempersenda Islam sebagai balas dendam mewakili muslim yang lain

Lantaran tindakan muslim “extremist” yang bersifat keganasan inilah, Islam dijenamakan sebagai agama teroris, terutama sekali oleh barat. Sedangkan keganasan yang didalangi mereka ini langsung TIDAK mewakili populasi muslim di segenap dunia. Barat telah berjaya

Akhir sekali, aku ada mesej yang hendak disampaikan kepada barat

Jika masih ada jutaan muslim yang mengecam keganasan oleh muslim “extremist”, maka sudah jelaslah bahawa terorisme itu tidak ada ruang walau seinci pun di dalam Islam

Islam adalah agama kebenaran, Islam mengajar kesederhanaan

Friday, 26 December 2014

Muslim Ucap Merry Christmas. So What?

Assalammualaikum

Aku nak ucap Merry Christmas kat saudara2, kawan2 dan sesiapa lah yang sambut
Musim perayaan nilah peluang untuk kau ambik cuti sehari dua, balik kampung
Kau jangan lupa asal-usul kau dari kampung, aku santau kau kang HAHAHA

Bila datang je Christmas ni, masa tu jugaklah tiba2 muncul ustaz ustazah entah dari mana?
Golongan ni paling banyak muncul kat fb. Ramai yang keluar hukum sendiri kata ucapan Merry Christmas tu haram siap back up dengan teori2 merepek. Astaga get a life, kita nak masuk tahun 2015 dah

In case kalau kau jenis yang percaya mesej berantai dengan hukum2 merepek yang tersebar melalui whatsapp wechat facebook, meh sini aku kongsi hukum yang sebenar


Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat
Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.


Hukum kat atas aku copy dari laman web e-fatwa (klik INI)
Aku harap ucapan Merry Christmas ni tak dijadikan isu lagi, respect perayaan orang
Kalau kau kenal sesiapa yang keluarkan hukum sendiri, kau tunjuk dia hukum ni
Aku harap dia sentap dan malu sampai taknak keluar rumah, serius

Friday, 19 December 2014

Mudarat Mandi Malam. Fakta atau Auta?

ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan

Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?

Kata Dr. Anies Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan

Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus

"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya

"Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang ada masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit," terangnya

Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini

Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air paip

"Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam”

"Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau

Menurut pengamal perubatan, Hassan Saidin, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan

"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi"

"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau

Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur


p/s : dipetik dan disunting dari artikel INI

Tuesday, 16 December 2014

Boleh Bah Kalau Kau!

Assalammualaikum
I hope you readers (if any -.-) are in a pink of health

It’s been quite a while since I last updated my blog
Padahal bukan ada buat apa2 pun, lebih2 lagi tengah cuti ni
So right now, I’m so in the mood for yet another update
Nothing much, aku cuma nak kongsi pengalaman hidup aku sendiri

*okay brace yourself*

Masa tengah final sem, aku dengan classmate ada buat proposal untuk lawatan akademik
I bet you still remember sebab aku ada mention kat previous entri (kalau kau ada baca lah)
And by the way, aku dah tamat pengajian diploma so sekarang tengah tunggu konvo je

So, what’s up dengan proposal tu? Alhamdulillah diluluskan dan dah dijayakan pun
Actually, there’s a side story to the proposal, but I don’t intend to write on that
Credits to Bedol, Azie dengan Fatin for they had spilled their sweat to make this trip happen

Cut to the chase, 2hb Dis 2014 kitorang seramai 19 orang berlepas ke Kota Kinabalu
Kitorang stay kat Promenade Service Apartment terletak kat tengah bandar
Hari pertama ni kitorang pergi tiga tempat je

1. Rumah Terbalik
Terletak kat Tamparuli, excited masa mula2 sebab tak pernah pergi, tapi bila dah habis jelajah isi rumah tu, rasa macam takde pape sangat kot? Rasa tak puas. Tapi kalau untuk tujuan kau nak rasa pengalaman, boleh lah pergi tempat ni and selfie sakan kat luar rumah (tak boleh ambik gambar kat dalam rumah, private property, tuan empunya rumah tak benarkan)

2. 1Borneo Hypermall
Balik dari Rumah Terbalik kitorang singgah sini untuk dinner and ronda2 cuci mata. Aku tak tau nak makan kat mana, last2 makan kat restoran ayam penyet. Btw, air yang aku order (lupa nama) sedap weh. Kat KK je aku tengok ada nama air tu dalam menu, so aku order lah. And, aku sempat jugak beli sehelai tshirt RM9 kat FOS. Nak karoks sebenarnya, tapi tak sempat

3. Pasar Malam Kampung Air
Honestly, masa mula2 aku ingat pasar malam ni pasar malam yang ada jual makanan tu, rupanya bukan. Pasar malam ni tempat jual barang2 macam baju, seluar,  beg, kasut, selipar, minyak wangi, tali pinggang, mutiara, keychain etc etc tapi tak meriah sangat lah

Hari kedua, 3hb Dis, kitorang lawat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
DBKK ni dekat je dengan apartment kitorang, tapi since dah sewa van sebijik dengan kereta sebijik, so buat apa nak jalan kaki kan? Sia2 keluar duit sewa van dengan kereta kalau camtu
Banyak info jugak kitorang dapat pasal KK hasil penerangan daripada pegawai2 DBKK
Habis je lawatan kat DBKK, kitorang balik apartment rehat2, mandi, tukar baju
Petang tu kitorang pergi Lok Kawi Wildlife Park tengok binatang2 haha XD
Aku tak tau lah classmate yang lain, tapi aku agak excited jugak lah masa kat situ
Why not? Bukan tiap2 hari dapat tengok binatang2 macam tu unless kau keje kat zoo lulz
Aku paling excited and suka tengok burung cenderawasih, bukan sebab bulu ekor dia yang warna emas tu je, tapi sebab bertahun yang lepas aku ada baca pasal burung ni kat internet
Ikut apa yang aku baca, burung cenderawasih ni mati kalau mendarat atas bumi (tanah)
Aku tak nak cerita panjang, kalau kau nak tau lebih lagi, pergi google sendiri sana
Sebelah malam, kitorang jalan kaki pergi makan seafood ramai2

Masuk hari ketiga, 4hb Dis, aktiviti kitorang BEBAS boleh jalan sendiri
Sepatutnya kalau ikut tentatif lawatan, kitorang lawat Majlis Daerah Tuaran dengan Penampang, tapi Tuaran tak dapat terima kitorang and Penampang tak bagi respon
Nevertheless, syukur jugak sebab kitorang ada satu hari PENUH untuk selongkar KK

Aku, Bedol, Ched, Jawik, Cyrus, Less, Azie, Eppa dengan Fatin pergi teroka pulau meanwhile classmate yang lain bawak kepala masing2 pergi teroka shopping mall tengok wayang
Kitorang main banana boat and snorkel kat Pulau Sapi, lepas tu sambung snorkel lagi kat Pulau Manukan, then balik ke darat sebab hari nak hujan. Snorkel kat Pulau Sapi paling best!
Malam tu, aku dengan beberapa orang classmate pergi pasar malam lagi satu yang lebih dekat dengan apartment (lupa apa nama pasar malam tu). Pasar malam yang ni sama jugak macam Pasar Malam Kampung Air cuma pasar yang ni lebih meriah and banyak barang. So kat sini, aku beli keychain dengan gelang sikit, classmate perempuan pakat borong mutiara

Hari keempat dan terakhir, 5hb Dis, masing2 bangun pagi sebab nak ke Pasar Filipin
Setiap orang beli macam2 untuk bawak balik ke Sarawak, aku pun sama jugak
Aku tak beli banyaklah, cuma amplang dengan angry bites, sedap aku tak tipu

Dah habis beli barang kitorang pun balik ke apartment, kemas2 barang untuk check out
Tengahari kitorang check out then lunch and ronda2 kat Suria Sabah Shopping Complex
Masa kat situ, sempat jugak karoks ramai2 haha ingatkan tak dapat karoks time kat KK ni

Pukul 4 petang, kitorang cau dari situ sebab bas dah datang nak hantar kitorang ke airport
Sampai je airport, check in nama dengan luggage semua, and since masa masih panjang so lepak kat Old Town White Coffee sementara tunggu nak masuk dalam departure hall
Actually, classmate dengan lecturer semua fly ke Kuching, aku sorang je fly ke KL
Luckily departure gate kitorang sama cuma flight diorang sejam lebih awal dari flight aku
Masa diorang boarding, agak sedih jugak sebab aku tinggal sorang2 fly sorang2 asdfghjkl
Apa2 pun, lawatan ke KK ni memang pengalaman paling manis sepanjang zaman diploma
Terima kasih banyak2 kawan2 and not to forget, madam Afisha sebab sudi jadi pegawai pengiring yang sempoi untuk lawatan ni dan sabar melayan karenah kitorang haha

Aku jugak nak rakam ucapan penghargaan dan terima kasih buat anak2 kapal Malaysia Airlines
Aku yakin, MAS perlu sokongan especially daripada rakyat Malaysia sendiri untuk kembali pulih
Sebab tu kitorang pilih untuk terbang dengan MAS dari Kuching ke KK and dari KK ke Kuching
Akhir kata, harap kita semua dapat sambung degree course yang sama and kampus yang sama
Kalau takda rezeki sambung degree, jumpa korang lagi masa konvo bulan Mei 2015 nanti!

XOXO~

Sunday, 28 September 2014

One Plus One Equals Two

Assalammualaikum
As at this hour (3.18 AM), some or nearly all of you are already asleep
But contrarily, I am sadly the opposite, so I hope you are having pleasant dreams

As of now, UiTM foundation, pre-diploma and diploma students are amid final exams
I have seated for two papers, leaving me with another 4 critical ones
My track record so far is satisfactory and not disappointing, yet
I just really hope that I won’t screw up in any of my next paper

Enough with that, I would like to have your reading interest on next story

Some of you are aware of my passion to become a flight attendant
That is my ULTIMATE teenage dream which I always pictured myself as in the near future

I attended this one AirAsia Flight Attendant Walk-in Interview session a week ago
The interview went very well really, although much earlier in that morning I thought I wouldn’t be able to make it to arrive and register before the clock ticks at 11 AM, but somehow I made it anyway thank God and Joshua  *jiggling in relief*

There were around 125 candidates lining up and I was the 117th
It took me 2 hours before my turn arrived and the interview took only 10 short minutes -_-
At the end of the interview, I was told to wait for a fortnight for the result
Only shortlisted candidates will be notified via email *crossing fingers*

A week has flown by, there’s only another week left
Until that, I shall get myself busy with revisions for upcoming papers

May success will always be in my favor :)

    Mostly women                                 My application form

 While waiting for my turn


Saturday, 16 August 2014

Tiga Dalam Satu

Hello to those who are reading
May peace be upon you, all the time

Hari ni 17 Ogos, 2014
Agak lama aku menghilang
Banyak jugak benda nak diceritakan

Hari ni dah masuk hari ke-104 aku BERHENTI merokok
Sesiapa ada baca entri yang sebelum2 ni, aku ada mulakan misi 100 hari tanpa rokok
Alhamdulillah, this is one of the MEANINGFUL accomplishments in my life really
Harap2 dapat BERHENTI merokok SELAMANYA
Semoga niat aku lurus selalu ;-)

Btw, siang tadi (16 Ogos), aku dengan kawan2, we went out together
Aku, Zaty, Elly, Faiq, Joshua, Zahir, Syafiq dengan Azmi
(Sadly, Najwa couldn’t join us as she was elsewhere)
Kitorang pergi BERENDAM kat pantai (Damai Central)
Tapi air dah surut, so the excitement WASN’T favourable

Right after that, we had dinner at the HARTZ CHICKEN BUFFET located downtown
I didn’t eat that much for I've had my lunch the moment we set our footprints at Damai Central
So, aku tengok je diorang tambah makanan, PLATE AFTER PLATE (especially Syafiq -_-)
But one thing for sure, dinning there was WORTH the price (RM22.50 per adult)
*makanlah sampai LEBAM dan goodluck walking around with FULL tank okay?*
Damai Central
 Hartz Chicken Buffet

I am yet to share what’s the HIGHLIGHT of the week

Isnin (11 Ogos) yang lepas, MASPENA had an ELECTION
I was HONORED with the TRUST to ORGANIZE and EXECUTE the election
Since this is my final semester, so why don’t make some CONTRIBUTIONS before leaving?
Itu yang buat aku setuju untuk tolong anjurkan pilihanraya MASPENA
I took the chance and I DRAGGED along my team to get INVOLVE with me
Meja pendaftaran pengundi
Pengundi-pengundi
Proses penjumlahan undi

The process went WELL, of course with ASSISTANCES from my team
They were my BACKBONES, without them, I wouldn’t be able to stand up straight
There are just NOT enough words in the world to express and describe my utmost GRATITUDE
THANKS to Bedol Amira Shasha Najwa Jess Less Fatin Syifa Adeng
Pegawai-pegawai SPR MASPENA


p/s : currently, I am working on proposal with classmates for our class academic trip. I really hope we’ll get the green light from the faculty as well as HEA

Monday, 9 June 2014

Permulaan Semester Terakhir

Hello Sarawakian!
And those who are reading

Aku dah kat Sarawak (Kota Samarahan to be exact)
I flew from KL just recently on Saturday
I didn’t want to but I had to
*crying a river*

Aku serius tak suka dengan bilik yang aku dapat kat kolej ni
Masa daftar bilik kat pejabat kolej semalam, aku cakaplah kat staff tu aku nak bilik dalam rumah yang menghadap kolej siswi and yang ada 4 pintu (sebab ada rumah lain yang ada 2 pintu je, so dalam setiap pintu tu ada 2 bilik). Staff tu cakap, rumah2 yang nombor genap semua menghadap kolej siswi and ada 4 pintu, tapi rumah2 nombor genap yang kat belah2 hujung ada 2 pintu je

So, aku pun belek2 laa list rumah aras 2, 3 dengan 4. Tengok semua rumah nombor genap dah penuh. Then ada rumah nombor 1422 yang masih ada satu lagi kosong kat bilik D, so aku pun pilih bilik tu. Ambik kunci terus pergi naik aras empat. Masuk je, tengok2 ada 2 pintu! Adoiii aku terlupa yang rumah2 nombor genap belah2 hujung ada 2 pintu je! Damn nak tukar memang dah tak boleh dah. Terpaksalah aku terima walaupun tak suka T_T

Btw, roommate aku belum masuk lagi so katil lagi satu dalam bilik aku masih kosong
Entah siapalah roommate aku ni aku pun tak tau, cuma yang aku tau dia ni junior semester 3 lah sebab aku ada tengok kat list bilik masa daftar kolej semalam
 Katil aku yang sebelah kiri tu

     Sebelum dan selepas 


Locker

Hari ni, first day of my final semester
I got up from sleep at quarter past 9 in the morning sebab ikut jadual ada kelas jam 10 pagi
Mandi then siap2 terus pergi kelas. Sampai je kat tingkat 4, tengok ada sorang kawan berdiri kat koridor luar kelas. So, right that second I knew there will be no class. So, we waited for the lecturer for half an hour. Dah lepas setengah jam, lecturer tak muncul2 jugak so aku pun balik. Sebelum naik bilik, aku singgah kat medan selera nak beli air. Terjumpa pulak dua orang classmate tengah makan kat situ so I joined them along. Diorang bagitau, dua2 kelas untuk hari ni buat sementara ni takda lecturer. So lecturer pengganti tengah dicari.

Lepas tu kitorang pun balik. Aku naik bilik nak sambung tidur sebenarnya sebab mata mengantuk, malam tadi tidur dekat2 jam 3 pagi. Baring2 atas katil sambil tengok2 FB, Twitter, WeChat, Instagram semua then kawan Whatsapp ajak lepak. Aku pun tak jadi tidur, terus bangun cuci muka, pakai balik baju tadi terus keluar dari rumah. Memang taklah aku nak duduk je dalam bilik sepanjang hari tak buat apa2 kan? At least lepak dengan kawan2 dapat borak2

Sepanjang hari ni kitorang lepak memanjang kat library sampai senja. Lepas tu pergi dinner kat medan selera, dah habis dinner masing2 balik bilik sendiri. Penat jugaklah 
Aku lepak dengan diorang ni lah

Esok ada kelas LAW299 jam 8 pagi dengan PAD369 jam 2 petang
Kelas LAW299 postponed sebab jadual bertembung dengan jadual student degree, PAD369 pulak takda lecturer so takda kelas lah esok. Maknanya, esok free! So, aku nak bangun lewat

Harap2 cuti seminggu raya nanti dapat balik KL
Aku tengok tiket flight semua tengah mahal sekarang
Please aku harap sangat :3

Lagi satu
Aku harap semester ni cepat2 lah tamat, tak sabar gila aku nak berambus balik KL terus!
Rindu dengan orang kat sana huu